Isnin, 17 Disember 2012

Saya anak Malaysia...
Saya anak Malaysia..

Isnin, 29 Oktober 2012

Assalamualaikum....salam satu Malaysia..
Dah lama tak buka..dah lama..dah lama..

ish..ish..ish..
penulisan dan pemikiran dan gambaran dan keindahan..
dah lain..dah lain..dah lain..

ish..ish..ish..
alam kanak-kanak dan alam remaja dan alam dewasa..
alam persekolahan dan alam mahasiswa dan alam pekerjaan..

dah berbeza..dah berbeza..dah berbeza..
oh.. ridunya pada sahabat..rindunya pada kawan tidak terkata..
oh.. banyak benda perkara perlu dibualkan dengan kata-kata..

Selasa, 13 April 2010

Manakala yang masih hidup, di antara yang teralim dan pakar serta menonjol di dunia Akademik dan Dakwah

Syeikh Imam Prof. Dr Yusoff Al-Qaradhawi
Mesir (lahir)
Skrg di Qatar BA – Usuluddin
MA (Ulum Quran & Sunnah), Dip. Tinggi (Sastera & Bahasa Arab) & PhD (Fiqh Muqaran Al-Azhar , thn 1973 )
*Pakar Fatwa ‘Am.
*Paling menonjol Fiqh & Hadith, Dakwah.
* Mudir Markaz Sirah dan Sunnah di Univ. Qatar .
* Ex- Ahli Majma’ Fiqh Sedunia.
* Di anggap sampai ke tahap Mujtahid Lahir 1926


Syeikh Prof. Dr Sa’id Ramdhan Al-Buti
Syria PhD (Fiqh dan Usul Fiqh 1965 di Azhar )
Fatwa am, Bidang Fiqh, Sirah, Tafsir dan lain2 . Ex- Majma Fiqh. Dekan Kuliah Usuluddin Univ. Dimasqh. Tahap Mujtahid Lahir 1929


Syeikh Prof. Dr Wahbah Mustafa Az-Zuhayli
Syria PhD (Syariah Islamiah & Law, Univ Qaherah, thn 1963 ). Ex Majma Fiqh. Dekan Kuliah Syariah Univ Dimasqh. Lahir 1932


Prof. Dr Muhammad Az-Zuhayli
Syria, UAE Bidang Fiqh & Usul. Dekan Kuliah Syariah UAE


Prof. Dr Muhammad Uthman Syabir
Jordan , skrg Qatar Pakar bidang Fiqh Mu’amalat, Fiqh Perubatan .Fiqh dan Usul Fiqh secara am. Pensyarah Univ Qatar skrg.


Syeikh Al-Muhaddith Syuaib Al-Arnauot
Syria ,Jordan Pakar Bidang Hadith. Muhaqqiq lebih 70 kitab besar termasuk Musnad Ahmad, Zaad al-Ma’ad dll.


Syeikh Dr Mustafa Al-Khinn
Syria Fiqh dan Usul Fiqh (PhD Al-Azhar 1969)


Syeikh Dr Mustafa Al-Bugha
Syria Fiqh dan Usul Fiqh (PhD Al-Azhar 1970)


Syeikh Dr Fathi Yakan
Lubnan Pendakwah. Pengarang yang hebat


Prof. Dr. Nazih Hammad
Syria,Saudi
Skrg di Univ Kanada Ex- Pensyarah Umm Qura
Pakar Bidang Muamalat dan Ekonomi Islam. Ahli Majma Fiqh Dunia


Prof. Dr. Abd Wahab Abu Sulaiman
Saudi Univ. Ummul Qura
Pakar Muamalat. Fiqh dan Usul Fiqh


Syeikh Dr. Bakar Abu Zaid
Saudi
Pakar Muamalat, dan lain2 bidang Islam. Ex. Pengerusi Majma Fiqh Dunia


Syeikh Prof. Dr. Abd Muhsin At-Turki
Saudi
Ketua Gabungan Univ2 Islam Sedunia skrg.


Syeikh Sodiq Al-Habannakah
Syria
Adik Syeikh Hasan Habannakah.
Pakar bidang Fiqh dan Lughah


Syeikh Prof. Dr Abd Fatah Husayni
Mesir
Fiqh dan Usul Fiqh

Syeikh Prof. Dr Toha Rayyan
Mesir Fiqh Muqaran


Prof. Dr Muhammad al-Baltaji
Mesir
Phd Al-azhar tahun 60 an. Pensyarah Univ. Al-Qaherah Pakar Fiqh dan Usul Fiqh.


Syeikh Prof. Dr. ‘Atiya Saqr
Mesir
Pengerusi Majma Buhuth Islamiah. Pakar Fiqh dan Fatwa ‘Am


Syeikh Prof Dr. Muhd Fathi Ad-Durayni
Syria, Jordan
PhD Al-Azhar 1965 (Fiqh & Usul Fiqh) Dip Tinggi (Sastera, Bahasa Arab, Undang-undang). Pakar Usul Fiqh,Undang2 dan Bahasa Umur 80 an


Syeikh Prof Dr Fadl Hasan ‘Abbas
Jordan
PhD Tafsir Al-Azhar thn 72. Ulama Buta. Pakar Tafsir di rantau Arab seluruhnya .Univ. Jordan & Al-Yarmouk


Syeikh Dr. Solah Abd Fattah Al-Khalidi
Jordan
PhD tafsir thn 84, Pakar Tafsir, Sirah dan ‘Ulum Quran


Syeikh Ibrahim al-‘Ali
Jordan Pakar Hadith dan Sirah


Syeikh Prof. Dr Muhd ‘Uqlah al-Ibrahim
Jordan
PhD (Fiqh Muqaran al-Azhar 1978) Fiqh dan Usul. Pakar Bidang Ahwal Syakhsiyyah. Dekan Kuliah Syariah Univ. Irbid dan Pensyarah Univ. Al-Yarmouk


Prof. Dr Rafiq Al-Masri
Syria
Pakar Ekonomi Islam dan Konvensional


Prof. Dr Kurshid Ahmad
Skrg UK Univ Markfield , UK . Pakar Ekonomi Islam


Prof. Dr Umar Chapra
Dulu UK Ex Pensyarah di Univ Markfield , UK . Pakar Ekonomi Islam


Prof. Dr Nejatullah As-Siddiqie
India, UK Univ Markfield , UK . Pakar Ekonomi Islam


Tuan Guru Dato’ Nik Abd Aziz Nik Mat
Malaysia
Mursyidul Am PAS.
Tafsir, Dakwah, Siyasah Syar’iyyah Lahir 1931 M


Syeikh Dr Muhd Ali As-Sobuni
Saudi (dulu) Ex- Univ Madinah. Ulum Quran


Syeikh Prof. Dr. Abd Karim Zaidan
Iraq,
Skrg di Yaman Fiqh dan usul, Dakwah, Fatwa ‘Am


Prof. Dr Sodiq Dharir
Sudan Univ. Al-Kharthoum Sudan
Ahli Majma’ Fiqh , Pakar Mu’amalat .


Prof. Dr Ali Ahmad Salus
Mesir
Qatar (skrg) Ahli Majma Fiqh , Pakar Muamalat


Syeikh Prof Dr Hasan As-Syazili
Kuwait Ahli Majma’ Fiqh


Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang
Malaysia
Presiden PAS, Pakar Bidang Sirah, Aqidah, Dakwah, Siyasah Syari’yyah


Prof Dr Ali Ahmad Salus
Qatar
Ahli Majma Fiqh , Pakar Muamalat


Prof Dr Haron Din
Malaysia
Pakar Fiqh (PhD Univ Qaherah) , Pakar Perubatan Islam



Syeikh Prof Dr Abd Malik As-Sa’di
Iraq, Jordan
Phd Ummul Qura dgn First Class.
Pakar Fiqh Muqaran, Fatwa ‘Am. Ex Mufti Iraq. Pensyarah di Univ Mu’tah, Jordan


As-Syeikh al-Akbar Tuan Guru Hj Hashim
Malaysia
Tuan Guru Pondok Pasir Tumboh.



Syeikh Prof. Dr Muhd Naim Yasin
Jordan
Punyai 2 MA iaitu Fiqh & Undang2, PhD Fiqh (al-Azhar) thn 72
Pensyarah Univ. Jordan. Digelar Ulama teralim Jordan skrg. Bidang Fiqh, Usul, Aqidah, Siyasah Syariyyah. Fiqh Perubatan Kontemporari.


Syeikh Prof. Dr. Umar Sulaiman Al-Asyqar
Jordan
PhD Al-azhar tahun 80, Univ. Zarqa Ahalliah. Fiqh, Usul Fiqh, Mu’amalat, Aqidah, Tafsir . Fatwa ‘Am.Terkenal di Jordan.

Ulama terhebat kurun kini yang telah wafat (sekitar selepas 50 an):

Syeikh Imam Prof. Muhd Abu Zuhrah
Mesir Mesir – Pakar Bidang Fiqh, Usul fiqh dan semua bidang Islam. Fatwa ‘Am Wafat 1974 m


Syeikh Prof. Abd Wahab al-Khallaf
Mesir Fiqh dan Usul Wafat sekitar 60-70 an


Syeikh Muhammad al-Ghazali
Mesir Ulama besar Mesir, bidang fiqh, ‘am dan dakwah Wafat 1998 m


Syeikh Mustafa As-Sobri
Turki Syeikh Islam bagi Kerajaan Islam Khilafah Uthmaniah dulu Wafat sekitar 60-70 an


Syeikh Muhd Amin as-Shanqiti
Asal Mawratania,Mekah Tafsir, Fiqh, Aqidah Wafat thn 1973 m


Syeikh Muhammad Makhluf Al-Maliki
Mesir Ulama Besar Mesir, wafat tahun 1936 m


Syeikh Mahmud as-Syaltut
(Ulama Besar Mesir dan Syeikh Al-Azhar yang lalu
Mesir Fiqh dan Fatwa ‘am, penggerak kepada gerakan Taqrib mazhab sunni –syiah


Syeikh Sayyid Abu Hasan Ali An-Nadawi
India Keturunan Nabi. Bidang Fiqh, Dakwah dll Wafat


Imam As-Syahid Hasan Al-Banna
Mesir Mujaddid kurun ke 19. Pengasas Jemaah Ikhwan Muslimin, Bidang Fiqh, Dakwah, semua bidang Islam. 1948 M


Syeikh Abul A’la Al-Mawdudi
India Hadith, Fiqh , Dakwah, Mualamalat dll 1989 M


Syeikh Hasan Al-Habannakah
Syria Aqidah, Fiqh dll wafat


Syeikh Imam Prof Mustafa Az-Zarqa
Syria (lahir) & Jordan Fatwa ‘Am, Fiqh, Usul Fiqh, Undang2 Civil & Islam dan lain2. Di anggap sampai tahap Mujtahid. 1998 M


Syeikh Abd Razak As-Sanhuri
Mesir Undang2 dan Fiqh


Syeikh Abd Aziz Bin Baz
Saudi Fiqh, Aqidah dan umum Islam. Pakar Fatwa ‘Am . Ex Mufti Am Saudi, Ex Majma Fiqh Sedunia Wafat


Syeikh Muhaddith Nasiruddin Al-Albani
Jordan Pakar bidang Hadith dan Rijalnya Tokoh Ulama Salafi Moden 2000 M


Syeikh Abd Hayy Al-Katani
Mesir Ulama Besar Hadith & Pakar Hadith Mesir , Nizom al-Mal


Syeikh Ahmad Muhd Syakir
Mesir Pakar Hadith Mesir, juga bidang Fiqh



Syeikh Prof. Dr Mustafa As-Siba’ie
Syria Fiqh dan Undang2 dan Hadith, ex Dekan Kuliah Syariah Univ. Dimasqh. Pendakwah .Pemimpin Ikhwan


Syeikh Ahmad Bin Muhd Bin As-Sadiq Al-Ghumari
Maghribi,Mesir Pakar Hadith dan Ulum nya Wafat 1959 m


Syeikh Abd Fatah Abu Ghuddah
Syria Pakar Hadith Wafat 1996 m


Syeikh Tohir Muhammad ‘Asyur
Tunisia Pakar Tafsir pengarang kitab tafsir Tahrir wa Tanwir lebih 15 jilid , Usul Fiqh, Lughah & tokoh Maqasid Syariah kurun ini Wafat 1973 M


Syeikh Nuruddin Ar-Raniri
Acheh Fiqh Kurun ke 17


Syeikh Muhd Arsyad Al-Banjari
Acheh, Banjarmasin Fiqh 1808 M


Syeikh Daud Al-Fatani
Nusantara Fiqh Kurun ke 19


Syeikh Muhammad Nawawi Al-Bantani
Indonesian Pakar Tafsir, Usul Fiqh Kurun ke 18


Syeikh Dr. Abd Halim Mahmud
Mesir Ex-Syeikh al-Azhar, Fiqh, Tasauf , Falsafah


Syeikh Mawlana Muhd Zakaria Al-Kandahlawi
India Pakar Hadith dan Ulumnya Wafat 90 an

Senarai Ulama’ Ahli Sunnah Dunia Terkini

Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam, selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW yang telah menyampaikan risalah Islam dengan amanahnya dan pujian buat ahli Bayt Nabi SAW yang suci dan mulia serta para sahabat baginda SAW yang terpilih dan diredhai Allah juga para pejuang Islam yang menuruti jejak langkah Rasul SAW.

Penulisan ini akan memfokuskan pengenalan ringkas tentang ulama dunia Islam yang masih hidup dan yang telah meninggal di sekitar 50 an keatas ( kurun ke 19-20) – Pemfokusan lebih kepada bidang Fiqh. Ia bertujuan memperkenalkan kepada para pembaca nama para ulama muktabar zaman ini bagi memudahkan rehlah ilmu kita semua.

Bagaimanapun, perlu diingat bahawa senarai tokoh-tokoh yang disebut ini disusun atas dasar beberapa contoh kumpulan ulama terpilih (menurut penulis) dan bukan terhad jumlahnya seperti dalam senarai. Dan bukan juga merangkumi kesemua nama ulama yang wujud . Ia dibuat atas kaedah 'Ala sabil al-mithal wa laisa ala sabil al-hasr.

Isnin, 12 April 2010

KELUASAN NERAKA YANG AMAT DASYAT

Untuk dikongsi, betapa kasihnya Rasulullah kepada umatnya....
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubahmukanya, maka ditanya oleh nabi s. a. w. "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya."

Lalu nabi s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."

Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."

Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?" Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s. a. w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?" Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a. s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim, pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.

Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha, pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.

Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir." Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s. a. w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?" Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka nabi s. a. w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s. a. w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?" Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu." Kemudian nabi s. a. w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s. a. w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")

Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:

1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat

Mudah-mudahan dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.

Wallahua'lam.

Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159

" Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk."

Perak bantah badan antara agama

IPOH 12 April – Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak mengambil ketetapan sebulat suara membantah kelulusan Kabinet terhadap penubuhan jawatankuasa khas berhubung isu antara agama.

http://www.utusan.com.my/